TMNet Streamyx & Problem | Tebaboom (dot) Org



TMNet Streamyx & Problem

Last fortnight I had a problem with my Streamyx or Snailmyx.Why?My internet line will corrupt in every minutes.This makes me feel not to blog and also making money.Haha I just wonder why this problem still going and maybe they are working on it and why taking so long.They are professional right?

No need to talk to much because everyone know Streamyx now ‘CARI PASAL’ with their customers.
If you want to read the statement from Streamyx about Peer 2 Peer (P2P) please read more.

This statement I got from my friend when he sent an email to Streamyx and asking about P2P

Kepada Tuan/Puan,

Terima kasih kerana mengirim e-mel kepada pihak kami. Kami memohon maaf di atas kelewatan membalas e-mel ini.

Merujuk kepada masalah anda dalam memuat turun fail-fail melalui aktiviti P2P, kami ingin memaklumkan bahawa kami tidak menyekat secara langsung sebarang aktiviti yang melibatkan aplikasi P2P. Kepadatan trafik yang terhasil daripada terlalu banyaknya aplikasi kepada aktiviti P2P ini sebenarnya telah menyebabkan kesesakan talian di mana 20% pengguna sebenarnya menggunakan 80% daripada jumlah keseluruhan ‘bandwidth’ pengguna yang lain.

Memandangkan jumlah pengguna jalur lebar adalah semakin meningkat, lebih ramai pengguna dijangkakan akan menggunakan perisian P2P seperti Kazaa dan juga Bit Torrent untuk membuat transaksi fail/data secara ‘online’.

Pada kebiasaannya, perisian/aktiviti ini akan dibiarkan berjalan sepanjang hari bagi tujuan muat turun data/fail dan berikutan dengan itu, lebih banyak ‘bandwidth diperlukan berbanding dengan pengguna yang hanya menggunakan internet bagi tujuan ’surfing’ mahupun ‘chatting’. Negara-negara maju sekalipun yang mana mempunyai kadar penembusan jalur lebar yang tinggi akan menghadapi masalah yang sama disebabkan pengguna jalur lebar mempunyai keupayaan untuk mengeksploitasi ‘bandwidth’.

Adalah dimaklumkan bahawa kami bukan tidak memihak kepada pengguna-pengguna yang menggunakan P2P tetapi ia merupakan suatu situasi yang tidak adil bagi kepentingan pihak minoriti memandangkan kami tidak dapat menaiktaraf infrastuktur bagi tujuan tersebut. Disebabkan itu, kami telah mengambil jalan untuk menghadkan penguasaan terhadap aplikasi berkenaan. Objektif utama pengawalan penguasaan pada sesetengah ‘link’ adalah untuk mengurangkan kapasiti kepadatan dan pada masa yang sama membolehkan menstabilkan kualiti perkhidmatan untuk semua pengguna.

Pengawalan ini dilihat seperti suatu keperluan memandangkan sifat P2P yang mana menggunakan setiap bandwidth yang ada dan sekiranya dibiarkan tanpa kawalan, ianya akan menyesakkan talian dengan lebih teruk dan akan menyebabkan gangguan pada aplikasi/talian yang lain pula. Malangnya, mekanisma pengawalan ini tidak boleh membezakan jenis talian/aplikasi dan ianya akan mengawal segala-galanya termasuk aktiviti e-mel, ftp, ‘web browsing’ mahupun ‘video streaming’.

TM Net telah membuang penyekatan terhadap aktiviti menaik turun bagi semua link, tetapi kami masih mengekalkan pengawalan untuk aktiviti memuat turun. Pengawalan ini akan dibuang sejurus selepas kami dapat menambah kapasiti ‘bandwidth’ untuk talian antarabangsa yang dijangkakan sedia beroperasi pada tahun ini.

Kami berharap penjelasan yang diberikan dapat menghuraikan segala pertanyaan anda. Bagi pihak TM Net, kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul. Kami akan sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan kami.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila layari laman web www.tm.net.my dan klik “Need Help? Contact our Customer Service”.

Kami berharap agar sentiasa dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Yang benar,
Muhammad Jamil
Customer Care Support, Internet Services,
Customer Service Management,
TM Retail.

www.tm.net.my

(ICOMS#5147727-327617)

12 Responses to “TMNet Streamyx & Problem”


  1. Gravatar Icon 1 azraai Posted June 6th, 2007 - 12:22 am

    satu perkara yg menjadi persoalan kenapa gunakan singapore sebagi internet exchange tak bleh buat sendiri ke? itu antara sebab bandwith tu sesak.

  2. Gravatar Icon 2 soul^blade Posted June 6th, 2007 - 2:47 am

    belom masa nye lagi kot. benda benda camnih makan masa ler.

  3. Gravatar Icon 3 shutterspeaks Posted June 6th, 2007 - 8:18 pm

    tm stmx dah agak lama pasang bandwidth throttle utk p2p. nasib baik aku bkn kaki sedut, selalunya aku sedut dari kawan2 je heheh…

  4. Gravatar Icon 4 Kasyah Posted June 6th, 2007 - 10:17 pm

    Mungkin kena buat pakej baru yang ada sertakan bandwidth limit tiap2 bulan..hehe.

    Jangan la,susah aku nak menyedut nanti.

  5. Gravatar Icon 5 soul^blade Posted June 7th, 2007 - 12:48 am

    dulu ada dia cakap pasal nak buat MIX (malaysian internet exchange). tapi sampai skang tak dengar citer pun. itu pun dalam intech (the star) tahun biler tah.

  6. Gravatar Icon 6 aad_lfcfn Posted June 7th, 2007 - 1:20 am

    kalau bandwidth jer rendah still leh sabar ngan streamyx ni tp cammana lak ngan ping time? aku rasa dialup lagi elok response time dia bila nk access certein websites.. :(

  7. Gravatar Icon 7 ikoko Posted June 7th, 2007 - 1:45 pm

    aku rasa kan.. diorang dah bleh naik tarafkan servis diorang.. bagi BONUS kat kitorang, tambah kelajuan ke apa ke… sebab pengguna dah makin ramai.. maknanya.. duit yang mahsyuuukk kat diorang pun dah banyak… untung pun mesti la banyak kan kan kan..

    pelik la..

    harap diorang perbaiki lagi mutu servis diorang.. erm.

  8. Gravatar Icon 8 Fahmishah Posted June 7th, 2007 - 3:09 pm

    itulah..macam lar xleh nak wat base kat malaysia sendiri.x mampu ke :D

  9. Gravatar Icon 9 Fahmishah Posted June 9th, 2007 - 4:39 pm

    azraai on June 6, 2007 at 12:22 am said:

    satu perkara yg menjadi persoalan kenapa gunakan singapore sebagi internet exchange tak bleh buat sendiri ke? itu antara sebab bandwith tu sesak.

    streamyx masih xleh berdikari nampaknya.

    shutterspeaks on June 6, 2007 at 8:18 pm said:

    tm stmx dah agak lama pasang bandwidth throttle utk p2p. nasib baik aku bkn kaki sedut, selalunya aku sedut dari kawan2 je heheh…

    aku mmg kipas susa mati sedut..haha

    ikoko on June 7, 2007 at 1:45 pm said:

    aku rasa kan.. diorang dah bleh naik tarafkan servis diorang.. bagi BONUS kat kitorang, tambah kelajuan ke apa ke… sebab pengguna dah makin ramai.. maknanya.. duit yang mahsyuuukk kat diorang pun dah banyak… untung pun mesti la banyak kan kan kan..

    pelik la..

    harap diorang perbaiki lagi mutu servis diorang.. erm.

    tulah…fahmi paling tak suke promosi sana sini tp servis sendiri hancur!~

  10. Gravatar Icon 10 penang_superman Posted June 10th, 2007 - 10:21 pm

    1 word. TM Streamyx was S,U,C,K.

  11. Gravatar Icon 11 Fahmishah Posted June 11th, 2007 - 1:42 pm

    penang_superman on June 10, 2007 at 10:21 pm said:

    1 word. TM Streamyx was S,U,C,K.

    always…


Who's linking?

  1. 1 streamyx in the Blogs Pingback on Jun 12th, 2007
    "[...] in the Blogs Google Blog Search TMNet ..."

Leave a Reply


Comment guidelines: No spamming, no profanity, and no flaming. Inappropriate comments will be deleted outright.





Sponsors

Tech.Ed SEA 2008

Brought to you by :

Y!Point Hotspot


Entrecard

Categories

Sponsors

Sponsors