Thank You My Teachers | Tebaboom (dot) Org



Thank You My Teachers

bunga.jpg

Assalamualaykum.

Hari ini adalah 16 Mei dan merupakan Hari Guru di Malaysia.Jadi sebelum terlambat aku mahu ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang sedang melawati blog aku.Bagi aku guru adalah seorang yang mulia kerana setiap masa berkongsi ilmu.Bukankah ilmu untuk dimanfaatkan?Jadi janganlah beranggapan bahawa guru adalah kerjaya yang low class.Tidak siapa pun tahu betapa guru sanggup bersabar melayan kerenah anak muridnya.Lebih-lebih lagi dalam menangani masalah disiplin.

Jadi aku rasa guru patut diletakkan pada tempat yang mulia kerana kesabaran dan ketabahan mendidik anak muridnya sehinggakan tiada siapa tahu bebanan yang dihadapi oleh guru.Kadang-kadang ibu bapa juga menyalahkan guru-guru disebabkan perkara tertentu.AH! Bagi aku guru tidak bersalah kerana memang tugas guru untuk mendidik anak muridnya.Jadi ibu bapa seharusnya perlu pandai mencorak kehidupan anak mereka.

Aku tidak mahu bercelatuk lebih panjang lagi jadi aku di sini aku senaraikan nama-nama guru yang pernah berjasa padaku.

Guru-Guru SMK Pandan Indah.

Pn. Julieamy, Pn. Arkiah, Pn. Zahariah, Pn. Tahiah, Pn. Hooi, Ustazah Rohana, En.Varathan, En.Salmi, En.Sahful, En.Jafri, En. Nordin, En. Hatta, En. Hafiz, Ustaz Taufid, Ustaz Fauzi, Ummi, and my lovely principal Pn. Hajjah Zakiah.

Guru-Guru SK Pandan Indah.

Cik Che Siti Fatimah, Pn.Zanariah, Cik Hasliza, Cik Aina, Cik Shahaliza, Cikgu Azmi, Cikgu Hashim, Cikgu Jimi, Cikgu Sharifah, Cikgu Atikah.

Walaupun ada sesetengah nama aku lupa tapi tak bermakna aku tidak mengenang jasa beliau.Cuma kadang-kadang aku kenal cikgu itu tetapi lupa namanya.

Terima Kasih Guru.Aku doakan kalian semua berjaya dalam hala tuju.Insha Allah

0 Responses to “Thank You My Teachers”


  1. No Comments

Leave a Reply


Comment guidelines: No spamming, no profanity, and no flaming. Inappropriate comments will be deleted outright.





Sponsors

Tech.Ed SEA 2008

Brought to you by :

Y!Point Hotspot


Entrecard

Categories

Sponsors

Sponsors