Tema + PRS | Tebaboom (dot) Org



Tema + PRS

Tajuk: Satu Perjuangan.
Penyanyi: Brothers

Show ▼

Akhirnya, saya dapat juga tujukan kepada semua.Sebab lagu inilah yang membuat saya menghargai hidup ini.Sebab apa?Masa ‘camping’ KRS ( Kadet Remaja Sekolah ) Tingkatan 1.Ada slot ‘BAKAR AZAM’.Setiap motivasi mungkin ada slot ini yang membuka pintu hati kita dan menyedarkan kita.Tetapi aku lebih suka dengan cara ‘abang fasi dan akak fasi’ lakukan sebab mereka lepasan sekolah ketika itu jadi boleh dikatakan rapat juga.Ada antara mereka pernah jadi guru sementara saya.

Kem Perdana PRS 2006

Tahun lepas join PRS ( Pembimbing Rakan Sebaya ).Memang kali pertama juga masukkan diri dalam bidang berkaitan kaunseling.Sekali lagi jumpa ‘abang fasi dan akak fasi’ sebab majoriti daripada mereka memang bekas PRS.Seperti biasa ada juga ‘camping’ tapi di sekolah sahaja.Memang objektif sebenar ‘camp’ itu adalah untuk mengenal diri dan cara bla bla bla…Saya tertarik dengan cara penyampaian mereka siap ada lagu tema lagi.Lagu tema taun lepas pun dari Brothers tapi tidak ada dalam album sebab ’special edition’ kata ‘abang fasi’.

Tahun ini juga ada lagi ‘camping’ dan diberi nama Kem Titanium Versi 1.0.Memang nama pun gempak dan saya diberitahu konsep kali ini berlainan dari Kem Perdana 2006 sebab Kem Titanium merupakan sambungan dari Kem Perdana.Memang sukar dibayangkan.Saya tak tahu apa cabaran dalam kem itu nanti.Tetapi yamg penting ‘mereka semua pyscho’ dan suka bermain dengan ‘pyscho’.

Sebelum itu,tahun lepas juga saya pergi bersama 7 orang sahabat yang lain ke Kursus Kejurulatihan PRS di UKM mewakili SMK Pandan Indah.Sebelum kem memang dah ‘brainwash’ habis-habisan sebab pada pendapat kita semua mereka semua akan bermain dengan ‘pyscho’ tetapi memang meleset jangkaan kita.Yang ‘best’ saya orang pertama kena marah dalam dewan sebab x berpakaian formal.Saya pula ‘relax’ saja.Saya pasti sahabat-sahabat saya yang lain bengang sebab malukan sekolah.Tetapi pada akhir kursus.Baru mereka tahu siapa saya dan orang yang marah tadi akui pendirian saya.HAHAHAHA! :D

Jadi sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DIBOT dan DATUL sebab mereka yang bertanggungjawab menarik saya ke dalam PRS.Memang saya rasa lebih bagus saya ‘join’ PRS semasa saya FORM 1.Kadang-kadang orang pandang rendah PRS terutamannya di sekolah saya.PRS macam tidak ada guna tetapi kalau nak dibandingkan PRS’lah organisasi merapatkan ukhwah.Wassalam…

Fahmishah: Nanti aku upload lagi Brothers yang spesel tu.

11 Responses to “Tema + PRS”


  1. Gravatar Icon 1 aman Posted March 16th, 2007 - 5:47 pm

    dulu aku pun bebudak PRS gak :D

  2. Gravatar Icon 2 Fahmishah Posted March 16th, 2007 - 11:26 pm

    hooho..ada geng…sapa lagi dak PRS?

  3. Gravatar Icon 3 Yus Posted March 17th, 2007 - 7:09 pm

    Dulu aku pun PRS gak.Sek ko PRS pakai warna pe?Aku Ungu

  4. Gravatar Icon 4 emptyspace Posted March 19th, 2007 - 12:21 am

    PRS? zaman aku takde PRS… plugin apakah yg ko pakai utk hide text tu?

  5. Gravatar Icon 5 Fahmishah Posted March 19th, 2007 - 2:25 pm

    aku pakai plugin Spoiler.

  6. Gravatar Icon 6 aad_lfcfn Posted March 22nd, 2007 - 5:24 pm

    prs? aku kadet bomba jer..
    join pasal senang nk escape + takde byk aktiviti..
    ketua pun sewel semacam jerk..
    so free..zaman highschool aku tk best sangat huhu..

  7. Gravatar Icon 7 Fahmishah Posted March 22nd, 2007 - 6:24 pm

    kadet bomba sekolah aku TOP.kamcing ngan KRS.aku pon KRS dan aku juga PRS.

  8. Gravatar Icon 8 Fahmishah Posted March 29th, 2007 - 9:46 pm

    aman on March 16, 2007 at 5:47 pm said:

    dulu aku pun bebudak PRS gak :D

    page ko awat lambat gile load?/:)

  9. Gravatar Icon 9 fadzlina Posted April 1st, 2007 - 7:26 pm

    prs besh2!!walopun x g camp..tp prs ttp mantap..majula prs utk remaja!!!caiyok2!!

  10. Gravatar Icon 10 Fahmishah Posted April 1st, 2007 - 7:46 pm

    fadzlina on April 1, 2007 at 7:26 pm said:

    prs besh2!!walopun x g camp..tp prs ttp mantap..majula prs utk remaja!!!caiyok2!!

    aku harap lepas skolah aku stick lagi ngan PRS…:-\”


Who's linking?

  1. 1 Tebaboom.Org Blog | Satu Arah.Satu Perjuangan | Pingback on Mar 25th, 2007
    "[...] tak sedar Kem PRS Titanium PRS V1.0 telah berjalan dengan lancar.Memang seronok.Banyak input yang aku dan kawan-kawan lain dapat. ..."

Leave a Reply


Comment guidelines: No spamming, no profanity, and no flaming. Inappropriate comments will be deleted outright.





Sponsors

Tech.Ed SEA 2008

Brought to you by :

Y!Point Hotspot


Entrecard

Categories

Sponsors

Sponsors