Suarakan Saja di YouthEcho.Com
July 13th, 2008 | Published in Cool and News & Updates

YOUTHECHO.COM, satu lagi projek dari YouthMalaysia yang dibangunkan khas untuk para remaja atau belia di Malaysia untuk menyuarakan apa sahaja idea atau pendapat secara online melalui kaedah blogging. Ini merupakan satu peluang baru untuk mereka yang ingin berjinak dalam dunia blogging dan anda boleh suarakan atau kongsikan apa saja.
Kongsikan apa saja berkaitan dengan fotografi, hiburan, idea, pelajaran, hubungan cinta dan pelbagai lagi. Apa yang perlu anda lakukan ialah daftarkan diri anda sebagai ahli YouthEcho.com dan anda boleh bermula untuk suarakan pendapat anda di YouthEcho.com
