[Malay Languange Entry]

Semasa aku bersama rakan aku di dalam makmal IT untuk ’shoot scene’ cikgu mengajar mata pelajaran IT,ada sesuatu yang tidak menyenangkan bagi telinga aku.Apakah itu?
Bagi segilintir pelajar ‘low minded’ yang aku labelkan gemar membuat telinga aku.Kadang-kadang aku rasa macam nak je sepak terajang lempang kat mereka dalam satu pakej.Tetapi aku tidak ada hak demikian.Jadi apakah yang perlu aku lakukan?Aku memang benci golongan macam itu.
Puk****,B****,Lan*** bla bla bla.Aku memang tak suka perkataan macam itu hinggap di telinga aku.Tapi aku tak boleh halang walaupun dengan menutup telinga aku masih juga dengar.Apakah golongan itu tidak pandai menjaga mulut mereka?Adakah bagi mereka perkataan itu merupakah kata-kata hikmah yang boleh memuaskan hati masing-masing?
Aku sendiri berasa benci dan jijik nak sebut perkataan itu tetapi mereka dengan kuat sekali kata begitu. Aku malu depan cikgu sebab cikgu itu masih baru di situ.Aku sendiri malu apakah mereka tidak punyai rasa malu?Aku sendiri pernah sebut perkataan syaitan semua itu ketika dulu.Tetapi ketika masih di sekolah rendah.Masih baru bukan?Tetapi aku berhenti mengamalkan setelah aku sendiri boleh berfikir mana baik mana buruk.Apakah mereka tidak boleh berfikir sebagaimana aku berfikir?Apakah mereka makhluk ciptaan tuhan yang ajaib?Tidak sama sekali.
Cuma inilah yang dikatakan lumrah. Menjadi lumrah kepada mereka kerana mereka sendiri tidak mahu meninggalkan tabiat itu.Padanlah lelaki semakin pupus.Bukan sahaja pupus dari segi fizikal tetapi dari segi nilai moral dan kerohanian diri.Malu betul aku tadi.Bagaimana golongan macam itu nak menjadi pemimpin bahkan diri mereka sendiri tidak terpimpin.Jadi aku membuat kesimpulan bagi entri kali ini adalah seperti di bawah :
“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka berusaha mengubahnya”
Wallahua’lam


cursing? aku pun selalu buat ni tapi taklah sampai meluahkan kata-kata kesat ni kepada orang lain(walaupun ada gak yg terlepas dr mulut). hehe..kt pc, streamyx sbg cth. bak kata pepatah arab, you can know the wisdom of a man by his words.
bagus pepatah arab ko tu.Haha.
kadang2 pon rasa malas nak berkawan ngan budak2 camtu..tapi kesian lak xder sapa nak bimbing.:(
kt skolah,..kalau kasi nasihat nanti student kata kita ustaz pulak. kalau elak dr ikut diaorang gi buat bende tk berpaedah diaorang kita introvert and freak..zaman sekarang..kohkokhoh..
tk suka tickle grey cells diaorang..
abis tu cemana lagi nak wat? koh koh koh!:d
apakah perkataan itu jugak kalau aku tulis kat sini membuatkan mata kau pedih ustad turbo?…hahaha…kalau pedih ustad turbo, Pakai Syampu Baby Johnson…Sebab “Tak Pedihkan Mate~~”…Ustad turbo…perkataan baru “fak” adekah boleh disebut di khayalak rame?:-?
tak tahu lar wahai hariz.tapi den raso.
selagi den x pandang pesong..ok lar kot..sebab den selalu pandang pesong.cemana tu?:-/
kadang2 memang tabiat begitu.. suka mencarut.. apa2 hal sikit mencarut.. kemudian dah selalu sangat, dah hilang malu la..
orang yang mencarut tu yang sendiri berhak ubah sikap dia..
yups..bila lar nak nak maju bangsa ni bila diri sendiri x maju…:((
ala..kalu kt nasehat dorang pon..da kate kita pndakwah..nk tunjuk baek la…pastu kt plak yg kena balek..doakan je ler dorang brubahh:d
kadang2 orang bagi nasihat tunjuk baik lar konon.aku pun kurang faham mereka yang berfikiran camtu.sampai bile xkan berubah:(