Kami Lemah | Tebaboom (dot) Org



Kami Lemah

Sesi Bersama Senior PRS

Assalamualaykum semua,

Petang tadi amat bermakna bagi aku.Aku seperti dapat semangat baru.Mengapa aku berkata begini? Kerana aku sendiri lemah.Bukan aku seorang tetapi PRS lain juga lemah terutama AJK.Aku sedar aku sendiri banyak melakukan kesilapan.Ya Allah.Aku memang mengakui masalah yang aku timbulkan memang membuat orang naik letih.

Jadi awal pagi pada jam 1.30 pagi.Aku menerima satu mesej dari senior PRS yang aku anggap macam abang dan sahabat aku.Ya! Dia memang sahabat aku.Dia ingin berjumpa dengan aku dan AJK yang lain.Dalam hati aku tertanya ‘Apakah yang aku lakukan ?’.Mengapa aku terlintas begitu?Sebab aku sendiri sudah dapat mengagak ada satu perkara yang hendak dibincangkan.Aku tertanya-tanya.Apakah baik atau buruk?

Jadi petang tadi aku sampai disekolah seperti waktu yang ditetapkan.Tiba-tiba aku mendapat berita ada seorang ahli PRS ingin keluar.Bagi mereka yang tidak begitu memahami mungkin berkata ‘Oh~’ tetapi aku terus ‘…..’.Baru pagi tadi aku berjalan bersama dan berbual bersama sewaktu meronda kawasan sekolah.Hal yang dibincangkan seperti biasa PRS.Aku terus mendail nombor ‘handset’ dia.Tidak dapat.Aku cuba lagi.Kali ini ‘Hello’ yang aku dengar.

Aku terus bertanya “Engkau di mana”?Dia menjawab “Aku di rumah”.”Engkau tidak datang sekolah ke?”aku bertanya lagi.”Aku ‘busy lar’ ada keje sikit”dengan nada seperti berdalih.

dia kemudian memberi salam untuk mengakhiri perbualan “Assalamualaykum”.Aku berkata “Jap Jap!”.Dia terdiam.Aku sambung “Engkau keluar PRS ke?”.”HAA! Ok Bye” itulah kata-kata akhir dari dia.

Perasaan aku ketika itu tidak dapat ditafsir.Sama ada sedih,kecewa,marah,hairan.Macam-macam terlintas.Rakan yang memberitahu hal itu terus ke rumah dia.Rakan aku begitu sedih bila dapat tahu dia mahu tinggalkan PRS.Aku cuba tidak tahu.Itulah aku.Aku memang gemar berkelakuan seperti TIDAK TAHU kerana ingin sembunyikan perasaan aku.

Selepas beberapan minit Senior PRS aku datang dengan senyuman.Aku membalas senyuman dan bersalaman.Itulah Islam bukan?Aku berborak dengan rakan-rakan lain bersama Senior PRS aku.Pelbagai gurauan dan jenaka yang dia lakukan.Itu memang sifat dia.Gemar mengembirakan orang.Aku terus bertanya “dia kuar PRS ke?”.Dia menjawab “Ha! Kenapa dia kuar?.Ha itupun dia”.
Aku pelik sebab tadi aku bercakap dengan dia ketika dia berada di rumah tetapi kini berada di sekolah.Aku buat TIDAK TAHU.Dipendekkan cerita selepas Senior PRS membiarkan sahaja tindakan dia.Mungkin ada hikmah bukan?

Selepas itu kami menuju ke medan selera.Di situlah kami menyelesaikan masalah antara kami.Tiada yang tersimpan.Segalanya diluahkan.PRS menerima tanpa syarat.Aku berasa begitu lemah organisasi PRS kini.Kami lemah.Memang kami lemah.Dari dulu hingga sekarang memang kami yang menimbulkan masalah.Masalah menjadi kritikal sejak peristiwa Sabtu.Aku tidak tahu apa yang terjadi cuma aku mendengar khabar angin dia itu marah-marah.Budak tu pun marah-marah tidak tentu pasal.Aku tidak begitu mengambil serius kerana aku sendiri tidak tahu hal sebenar kerana aku pulang awal.Di situ barulah aku tahu semuanya.Memang ada hikmah apa yang berlaku.Apakah hikmahnya?Hari inilah yang menunjukkan semuanya.Senior PRS datang memberi nasihat,teguran dan pendapat yang memang boleh diterima.Barulah kami tahu di mana salah kami.Kami lemah.

Akhir sekali.Aku berharap selepas ini tiada lagi krisis timbul.Insya Allah


Fahmishah:Gambar di atas merupakan Senior PRS di sebelah kanan.

7 Responses to “Kami Lemah”


  1. Gravatar Icon 1 ikoko Posted April 12th, 2007 - 2:41 am

    … sayunya lagu ni..

  2. Gravatar Icon 2 Fahmishah Posted April 12th, 2007 - 6:09 am

    sekarang suka dgr lagu-lagu camni.menusuk jiwa :)

  3. Gravatar Icon 3 anasxz Posted April 16th, 2007 - 5:12 am

    rilex.. belajar dari kesilapan. lagipun masih belajar. silap pon tak boleh dianggap salah sebab masih dalam proses belajar.

  4. Gravatar Icon 4 Fahmishah Posted April 16th, 2007 - 4:09 pm

    terima kasih bagi nasihat. :)

  5. Gravatar Icon 5 ida Posted April 19th, 2007 - 7:13 pm

    smua yg berlaku ada hikmahnya yg tersendiri..jgn bersikap begitu…kte msti mmpunyai keyakinan dan jgn aggap dri terlalu lemah

  6. Gravatar Icon 6 ida Posted April 19th, 2007 - 7:17 pm

    be cool…kte sbgai umat islam harus yakin

  7. Gravatar Icon 7 Fahmishah Posted April 19th, 2007 - 8:57 pm

    terima kasih ida.tapi kadang-kadang hati ini tidak tabah juga :)

Leave a Reply


Comment guidelines: No spamming, no profanity, and no flaming. Inappropriate comments will be deleted outright.





Sponsors

Tech.Ed SEA 2008

Brought to you by :

Y!Point Hotspot


Entrecard

Categories

Sponsors

Sponsors