Forum Negeri = Gagap | Tebaboom (dot) Org



Forum Negeri = Gagap

Forum Remaja Peringkat Negeri

Assalamualaykum.

Tanggal 14 Mei 2007 merupakan harapan semua wakil sekolah yang mengambil bahagian dalam forum remaja ke peringkat negeri Selangor.Sebelum menunggu tarikh 14 Mei aku bersama-sama dengan rakan seperjuangan yang terdiri daripada 2 lelaki 3 perempuan termasuk guru aku Mr.Jamil berlatih ‘bagai nak gile’.Mana tidaknya, selepas waktu rehat sahaja kami akan ke bilik mesyuarat untuk berlatih.

Jika tidak kerana kejuaraan kami semasa peringkat daerah Hulu Langat pada 24 Mac 2007 kami tidak akan berlatih sebegini rupa lagi.Tetapi rezeki jangan ditolak.Bagi aku itulah satu-satunya peluang untuk aku membawa nama sekolah ke peringkat negeri di Sabak Bernam.

Banyak yang kami belajar dari Cikgu Jamil yang merupakan guru Bahasa Melayu di SMKPI.Jadi kami sebagai pelajar tidak membenarkan peluang belajar secara tidak langsung dilepaskan.Berulang kali kami membuat latihan.Ya! Usaha tangga kejayaan bukan?Setelah masing-masing berpuas hati kini hanya tunggu masa saja untuk bertolak ke Sabak Bernam.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Anuar kerana sudi mengiringi kami.Cikgu Anuar’lah yang menyediakan tempat penginapan kami.Semasa perjalanan memang tidak sah jika tidak gelak bersama-sama Cikgu Jamil yang sering berlawak.

Cikgu Jamil Kami~!

Itulah cikgu yang paling ‘happening’ yang pernah aku jumpa.Tiba di tempat penginapan kami yang bergelar lelaki terus membuat ’survey’ untuk mencari lokasi sekolah di mana juara-juara daerah akan berentap.Manakala perempuan duduk di dalam bilik.HAHAHA~!

Selepas makan tengah hari kami berehat sebentar di bilik masing-masing.Selepas itu Cikgu Jamil masuk ke bilik lelaki (aku dan nizam) dan bermulalah Projek X kami.Apakah itu Projek X?Ahaha~ Nanti aku beritahu kalian.Selepas Projek X ,kami meneruskan latihan sampai ke petang.Memang aku jangkakan akulah yang akan menjadi ‘disaster’ untuk esok (Hari pertandingan).

Projek X

Selepas solat Maghrib kami terus mencari tempat untuk makan malam.Makan makanan goreng-goreng saja.Sebab khuatir perut akan membuat kerenah aneh pada hari pertandingan.Pada malam itu jugalah tidak tahu mengapa ’soul’ aku keluar untuk mengatakan aku boleh!.Aku bersemangat pada malam itu dan kurang ‘kesyasyulan’ aku semasa latihan.:D

Kemudian kami dipecah-pecahkan di mana aku bersama dengan Cikgu Anuar,Nizam (simpanan) bersama dengan Jaidaa dan Zulaikha & Mysarah bersama Cikgu Jamil.Tujuannya adalah untuk meningkatkan kehafalan teks dan membetulkan nada.CIkgu Jamil kata teks kami sudah bagus tetapi ‘presentation’ kami tidak memuaskan.Jadi aku bersama Cikgu Anuar berlatih menjawab soalan spontan atau terbuka.Aku paling takut ketika sesi menjawab soalan terbuka.Ketajaman fikiran diperlukan dan digunakan secara maksima ketika itu.Latihan pada malam itu berakhir pada jam 10 lebih.:D

Keesokan harinya aku bangun awal.Semangat bercampur dengan gementar.Aku dan Nizam bersiap diri dan mengemas pakaian dan beg.Aku fikirkan perempuan’lah yang akan siap lambat tetapi kali ini lelaki yang keluar lambat.Haha.Selepas ‘check out’ kami bersarapan di Restoran Toman.Alhamdulillah lazat dan kurang pedas.:D Di situ jugalah kami terserempak dengan ahli-ahli forum dari daerah yang lain.

Sebelum menuju ke sekolah berkenaan kami sempat mengambil kenangan di pandai Sabak Bernam.Bergambar merupakan perkara wajib.Jadi kami sempat ‘posing maut’.Ketika tiba di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam, aku mula kecut perut.Rakan-rakan yang lain aku tidak tahu.Perasaan itu terus bertambah ketika peserta dari daerah yang lain tiba.Tapi doa yang dibaca oleh Cikgu Anuar memberi semula ketenangan.

Dipendekkan cerita.Daerah kami mendapat urutan nombor ke-9 bermakna daerah yang akan membuat persembahan terakhir.Kami begitu berpuas hati.Tetapi Cikgu Jamil mahukan mendapat nombor 1.9 Daerah berentap di bawah satu bumbung.Aku berasa tercabar melihat peserta lelaki membuat persembahan.Aku tanamkan niat aku akan menjadi terbaik.

Selepas membuat latihan terakhir di Bilik Kuarantin kami menuju ke kantin untuk makan tengah hari.Ambil lauk bukan main selera tetapi apabila hendap menyuap nasi aku menjadi begitu tidak selera.Bagaikan ingin muntah.Aku hanya makan ulam-ulam dan ayam masak lemak manakala yang lain aku tutup dengan daun pisang dari ikan bakar.Aku sudah rasa tidak sedap hati.

Tiba giliran kami untuk berforum.Gementar memang wajib ada pada diriku.Semasa melangkah naik ke pentas aku cuba fokus tetapi kejadian aneh berlaku iaitu aku sepatutnya menyebut ‘Salam Patriotik‘ tetapi aku ‘tersyasyul’ ‘Salam Pariotik‘.Aku buat bodoh sahaja selepas itu.Kemudian kejadian aneh berlaku lagi ketika pengerusi forum terlupa teks.Ya Allah! Aku memang sudah jangkakan ini akan berlaki.Perlahan-lahan menyelak kertas teks dan segala berjalan lancar.Tiba masa untuk aku menjawab soalan dan ketika berhujah sekali lagi ‘tersyasyul’ bukan sekali tetapi lebih dari 3 kali.Sehinggakan perkataan ‘Gerakan’ aku menyebut sebanyak 3 kali.

Persembahan

Bukan itu sahaja, ahli panel kedua turut melakukan kesilapan yang sama seperti pengerusi iaitu terlupa teks.Aku sudah mendapat tahu bahawa daerah ini akan mendapat keputusan tercorot.Paling aneh keempat-empat peserta membuat kesilapan.Aku tidak tahu mengapa.Kejadian ini tidak pernah berlaku sebelum ini.Bahkan ketika peringkat daerah pun tidak berlaku kesilapan.Aku kaget ketika itu.Senyum pun macam nak tak nak.

Masa telah tamat menyebabkan hujah panel ketiga tidak dapat disambung.Dan kami terus ke soalan terbuka.Alhamdulillah berjalan lancar kerana soalan itu merupakan soalan latihan kami.Kami terus menuju ke tempat Cikgu Jamil dan meluahkan perasaan.Malu.Pelik. semua ada.
Cikgu Anuar hanya menggelang kepala.Aku ingat aku sudah hampakan cikgu tetapi cikgu sudah banyak kali membawa pasukan sekolah dan menemui kegagalan menyebabkan cikgu sudah biasa.:D

Kami pulang dalam keadaan ‘enjoy’ kerana itulah persembahan terburuk pernah kami lakukan.Aku kadang-kadang berasa hampa juga kerana itu sahaja peluang aku untuk membawa nama sekolah.Jika aku diberi peluang pasti aku akan tebus kembali tetapi tahun ini merupakan tahun terakhir bagi aku.Memang ini merupakan satu kenangan paling istimewa ketika berada di sekolah.:DKetika perjalanan pulang kami mendapat gelaran budak gagap dari Cikgu Jamil.

Tiba di rumah jam 7.00 petang.Cikgu Jamil menghantar aku hingga ke rumah.Ayah aku menjemput aku dan cikgu menunjukkan piala saguhati kepada ayah aku.Sedih betul di hati bila mengenang kembali.Aku dapat merasakan diri aku berada di Sabak Bernam.Aku memang tidak boleh lupa kenangan itu.Jika aku menjadi guru.Pasti aku membawa SMKPI ke peringkat yang lebih tinggi.Insha Allah.:D

Pagi tadi di sekolah Cikgu Jamil memandangku dan mulutnya seperti mengatakan GAGAP.
Aku senyum kerana gagap itu lahir dari kenangan kami 7 orang yang begitu indah dan tidak akan dilupakan..:D

Fahmishah;Hampa.Sedih masih dirasai.

7 Responses to “Forum Negeri = Gagap”


  1. Gravatar Icon 1 kasyah Posted May 17th, 2007 - 5:24 pm

    Mesti banyak pengalaman dapat kan. Banyak lagi peluang lepas ni.Tak sangka,pandai debat ye.Anyway bro skolah kat mana?

  2. Gravatar Icon 2 Fahmishah Posted May 17th, 2007 - 8:21 pm

    hmmm sekolah kebangsaan pandan indah jerw.anyway bukan debat itu adalah pertandingan persembahan.hehe :)>-

  3. Gravatar Icon 3 adib. Posted May 18th, 2007 - 10:23 am

    hahaha…kita serupa….aku gagap time musabaqah pertandingan bulan bahasa arab….alhamdullilah dapat jugak no 2…leh laa duit poket RM30

  4. Gravatar Icon 4 Fahmishah Posted May 18th, 2007 - 2:42 pm

    adib. on May 18, 2007 at 10:23 am said:

    hahaha…kita serupa….aku gagap time musabaqah pertandingan bulan bahasa arab….alhamdullilah dapat jugak no 2…leh laa duit poket RM30

    haha..aku nye xleh nak dpt no 2 sebab tiba2 sahaja semua buat salah.pelik btol.:-\”

  5. Gravatar Icon 5 fadz Posted May 22nd, 2007 - 5:23 pm

    cemane pon aku berbangge korang dpt masok ppringkat negeri!!yay!!:d:d

  6. Gravatar Icon 6 Fahmishah Posted May 22nd, 2007 - 6:31 pm

    fadz on May 22, 2007 at 5:23 pm said:

    cemane pon aku berbangge korang dpt masok ppringkat negeri!!yay!!:d:d

    iya.terima kasih.ye lar sedih sebab itukan pencapaian pertama forum sekolah kita sampai tahap negeri.aku harap kalau aku ditakdirkan jadi guru.aku akan tebus balik :)>-

  7. Gravatar Icon 7 ainaa Posted May 28th, 2007 - 5:15 pm

    huuhu
    bekse ar tuh..
    caiyok2 bro!!:)>-

Leave a Reply


Comment guidelines: No spamming, no profanity, and no flaming. Inappropriate comments will be deleted outright.





Sponsors

Tech.Ed SEA 2008

Brought to you by :

Y!Point Hotspot


Entrecard

Categories

Sponsors

Sponsors