
Semalam tonton rancangan ‘Climb With Pride‘ kemudian semasa iklan ada dipaparkan iklan berkenaan imej di atas.Aku tertarik dengan kempen yang dijalankan.Jadi apa yang perlu kita lakukan adalah untuk menghantar mesej kepada Gegar U! Colours Of Nation sebagai simbol kesatuan.Objektif mereka ialah mereka ingin mengumpul sebanyak 1,000,000 mesej atau 1Juta.
Mesej-mesej itu akan dikumpulkan dan akan dihantar kepada Perdana Menteri ke-5 kita pada 18 Ogos 2007 nanti.Mesej yang telah dihantar pada masa kini ialah sebanyak 56,788 mesej.Jom blogger sekalian kita hantar mesej kita kepada Gegar U! Colours Of Our Nation!
Bagi aku pertama sekali memang bagus tetapi aku tertanya-tanya adakah Perdana Menteri akan membaca sebanyak 1,000,000 mesej?Jika dia membaca itu bermakna beliau mengambil berat suara rakyat dan sedikit sebanyak menambahkan idea kepada beliau untuk memantapkan lagi institusi negara.
Tetapi jika dihantar kepada PM kita tetapi dibuat ‘bodoh’ saja tiada makna pun semua ini.Siapa setuju?


sebagai simbolik sahaja mungkin

tetapi yang jelas, ada usaha dari pihak tertentu supaya suara kita di’dengari
ayuh!
Aku tak bermotivasi untuk dropkan mesej lagi. Adakah aku ini pemuda yang tak cintakan negara?
ya..usaha yang bagus untuk pemuda menyuarakan sesuatu.
tepuk dada tanya diri sendiri. :)>-
sekarang ni banyak saluran penghebahan maklumat baik yang berguna ataupun tidak. terutamanya internet, penyatuan rakyat penting, dan lebih penting penyatuan bangsa. orang dulu dah cakap, sebatang dan segenggam lidi, ingat?
erm.. aku rasa hantar mesej tu cuma satu cara je. tak semestinya org yg tak hantar mesej tu tak cintakan negara (rujuk komen kasyah).
erm.. tapikan, aku rasa PM tak ada masa lah nak baca semua mesej tu. simbolik saja barangkali.
alangkah prihatinnya jika PM membaca kan?:)>-
kalau PM baca dan ambil langkah susulan, itu lebih dihargai! kalau setakat baca dan tiada apa2 langkah diambil, buang masa kan? sama macam kita menjerit2 di paper pasal kenaikan gaji yang tak naik2, aku rasa isu ni da lama dijeritkan, tp baru sekarang ada perubahan. penat woo…
hehehe kalau PM baca semua pemikiran rakyat aku rasa PM tu jadi Pemimpin terbaik masa kini.memahami kehendak rakyat. ;)